Wednesday 30 November 2011

Silat Cekak Malaysia

Sejarah Silat Cekak



Asal-Usul Silat Cekak Malaysia

Silat Cekak berasal dari Kedah. Pernah diamalkan oleh panglima-panglima kerajaan Kedah di zaman Kesultanan Sultan Ahmad Tajuddin II.

Panglima Ismail, salah seorang panglima kanan kerajaan Kedah yang pernah menewaskan seorang batak bernama Tuah (bukan Hang Tuah) telah menurunkan ilmu silat ini kepada Panglima Tok Rashid. Manakala Panglima Tok Rashid pula telah mengamanahkan Silat Cekak ini kepada Yahya Said yang berasal dari Batu Kurau, Taiping sebagai 'pemegang amanah'.

Panglima Tok Rashid meninggalkan wasiat kepada Yahya Said yang ketika itu berumur 20 tahun:

"Jika ada anak cucuku di Kedah hendak belajar silat ini, hendaklah kau pulangkan kembali".

Silat ini telah terpendam selama 40 tahun sehinggalah Y.M. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad yang berasal dari Kedah, telah bertemu dengan Yahya Said.

Oleh kerana minatnya yang amat mendalam terhadap silat ini, Y.M. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad telah dapat mewarisi kembali seni pusaka bangsa ini daripada Yahya Said. Pada 5 Ramadhan 1385 Hijrah, bersamaan 28 Disember 1965, bertempat di rumah Shafie Darus, Batu 4 3/4, Jalan Gunung Alor Setar, Kedah; Silat Cekak berjaya dilahirkan kembali menerusi Perkumpolan Seni Sari Budaya Sri Kedah yang ditubuhkan pada Februari 1964.

Kemudian pada 19 Ogos 1971, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia didaftarkan dan diasaskan oleh YM Al-Marhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad Pada tahun 1975, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah menyaksikan logo baru baginya yang mana ianya juga telah diasaskan oleh Y.M. Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad, Guru Utama merangkap Presiden PSSCM.

Beliau telah meninggal dunia pada 13 Ogos, 1986 setelah menerajui PSSCM dan mengembangkan silat ini ke seluruh negara selama 21 tahun.

Tanggungjawab ini diteruskan pula oleh Y.M. Haji Ishak bin Itam selaku Guru Utama merangkap Presiden PSSCM pada 21 September, 1986. Majlis pengijazahan penuntut baru pertama kali dilakukan oleh beliau di Universiti Pertanian Malaysia pada 13 Oktober, 1986. Y.M. Haji Ishak Itam terus menerajui PSSCM sehingga beliau menyerahkan pucuk pimpinan Silat Cekak kepada Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah pada 3 Jun 2009 dan secara beradat pada 23 Jun 2009.
Seterusnya hingga sekarang cawangan-cawangan dan kelas latihan PSSCM telah berkembang di seluruh Semenanjung Malaysia dengan pembukaan kelas-kelas latihan di cawangan-cawangan negeri dan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh Semenanjung Malaysia.


Silat Cekak menekankan 99% konsep mempertahankan diri, dan hanya 1% menyerang. Menyerang hanya diaplikasi ketika pengamal Silat Cekak dalam keadaan amat terdesak.
Tujuan Cekak mendidik penuntutnya menekankan terhadap konsep menanti serangan adalah selaras dengan konsep seni beladiri iaitu mempertahankan diri. Seni beladiri hanya akan digunakan untuk mempertahankan diri apabila diserang atau diancam.
Terdapat 4 keistimewaan Silat Cekak
  1. Menenti serangan dalam keadaan berdiri lurus
  2. Terdapat 4 kaedah menagkis serangan
  3. Terdapat peringkat potong
  4. Buah Serang jika dielak pasti kena, jika ditepis akan dimakan.
Secara umum kaedah-kaedah Silat Cekak yang dinyatakan adalah untuk menangkis serangan awal seperti berikut:
KAEDAHBENTUK SERANGAN AWAL
ASerangan dari dada ke pusat
BSerangan dari dada ke pusat
CSerangan aras pusat dan ke bawah
DSerangan dari leher ke atas kepala

    Silat Cekak mempunyai 3 warna bengkung yang menunjukkan peringkat seseorang pengamal seni beladiri ini. Ia adalah Putih, Merah dan Kuning dengan keterangan di bawah ini:
    • Judo white belt.PNG Peringkat Tamat
    • Judo red belt.PNG Jurulatih
    • Judo yellow belt.PNG Guru Utama (Seorang)
    Bentuk sebenar bengkung Silat Cekak bukanlah seperti di atas, tetapi gambar ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai warna sahaja. Maklumat dan gambar bengkut boleh dilihat di http://www.silatcekak.org.my
    Warna-warna bengkung di dalam Cekak tidak menggambarkan peringkat buah yang telah dipelajari, tetapi menggambarkan pembahagian tanggungjawab dalam komponen persilatan Silat Cekak.

    Sukatan pelajaran dan peringkat persilatan

    Ada empat peringkat pembelajaran dalam Silat Cekak.
    Peringkat Pertama dan Kedua - Asas dan Jatuh
    • Buah Asas - Mempelajari asas menangkis serangan dari hadapan.
    • Buah Jatuh - Lanjutan dari buah asas, iaitu menangkis serangan dan menjatuhkan lawan.
    Peringkat Ketiga - Potong
    • Buah Potong - Digunakan untuk menangkis semula Buah jika silat Cekak digunakan ke atas diri kita.
    Peringkat Keempat - Tamat
    • Buah Umum - Mempelajari keseluruhan teknik pertahanan dan serangan untuk digunakan secara praktikal.

    Senarai buah

    Berikut adalah senarai buah Silat Cekak, sebanyak 21 buah. Pada asalnya jumlah buah yang ada adalah 28 kesemuanya. Ustaz Hanafi telah membuat beberapa perubahan dengan membuang dan mengabungkan beberapa buah di dalam sistem mata pelajaran ini kerana beliau berpendapat ada beberapa buah yang tidak praktikal untuk digunakan. Ada juga buah-buah yang hampir-hampir serupa dan buah-buah ini pula telah digabungkan.
    1. ) Buah Pertama
    2. ) Keputusan Gayong Petani
    3. ) Keputusan Sendeng Atas
    4. ) Buah Kilas Belakang
    5. ) Buah Kilas Hadapan
    6. ) Buah Kidong Kiri
    7. ) Buah Kuntau Jatuh
    8. ) Buah Kuntau Kiri & Kuntau Kiri Gantung
    9. ) Buah Kuntau Kanan Gantung
    10. ) Buah Hentak (Keputusan Silat Harimau)
    11. ) Buah Ali Patah Atas
    12. ) Buah Ali Patah Sudah
    13. ) Buah Selendang
    14. ) Buah Gari & Gari Gunting
    15. ) Buah Paras
    16. ) Keputusan Pasung Kemanga
    17. ) Keputusan Terlak
    18. ) Keputusan Lintau
    19. ) Buah Hempok
    20. ) Buah Luncur
    21. ) Buah Siku Potong
    Antara buah-buah yang telah dibuang:
    1. Buah Rasa
    2. Buah Singkat Nyawa
    3. Buah Pusing Tangan (Pecahan dari Gayung Petani)
    4. Buah Sengkak
    5. Buah Keputusan Sendeng Bawah Kiri dan Kanan
    6. Buah Kidung Kanan

    Buah Asas





    Peringkat Buah Jatuh dan Buah Potong based on peringkat buah asas...
    Buah Umum adalah buah khas atau ilmu tambahan untuk pertahankan diri dari serangan seni bela diri yang laen..



    3 comments:

    1. boleh kongsi gambar buah matapelajaran resolusi gambar lebih tinggi/detail?

      ReplyDelete
    2. Boleh x bagitau cara detail, seperti pergerakan ambil kaedah , gerakan kaki untuk buah selendang?

      ReplyDelete
    3. Kat mana ya utk pertanyaan lanjut selain di sini?

      ReplyDelete