Wednesday 23 November 2011

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal

Pengenalan kursus:

Di UMP, tempoh pengajian untuk kursus kejuruteraan mekanikal ialah  4 tahun untuk ijazah. Dalam kursus ini kita akan mempelajari tentang daya, kuasa, mesin, material, tenaga dan sebagainya yang banyak melibatkan pengiraan. Yang pastinya tak banyak yang perlu dihafal kecuali formula-formula yang selalunya boleh kita  kembang-kembangkan. Kursus ni juga melibatkan banyak kerja praktikal yang sangat menarik.

Cabaran:

Cabaran bila ambil kejuruteraan mekanikal ialah kita kena betul-betul berminat dengan fizik sebabnhya kursus ni semuanya berkenaan dengan fizik sepanjang 4 tahun belajar. Matematik tambahan pun kena pandai jugak sebab  melibatkan banyak pengiraan. Kalau di UMP, kerja kursus memainkan peranan yang sangat penting kerana 60% dari markah keseluruhan datangnya dari kerja kursus. Jadi kenalah betul-betul score labs, ujian-ujian dan kuiz-kuiz.

Selain tu, kita akan diberikan banyak projek bagi setiap semester yang mana setiap projek itu akan dinilai seperti   jurutera yang sebenar. Perlu banyak kajian dan pembentangan untuk menjayakan projek .

Peluang pekerjaan:

Mengenai peluang pekerjaan, kejuruteraan mekanikal ialah cabang kejuruteraan yang boleh dikatakan sangat banyak peluang pekerjaan kerana graduan dari kursus ini boleh dicampak di mana-mana sekalipun seperti pembuatan, minyak dan gas serta automotif. Boleh dikatakan semua kilang memerlukan jurutera mekanikal. Jadi, bayangkanlah berapa banyak kilang yang ada di Malaysia ni kan. Selain itu, graduan mekanikal juga boleh bekerja di atas pelantar minyak (off shore) yang boleh membuat graduan tersebut kaya.

No comments:

Post a Comment